Kemahiran untuk Penyelia yang Kompeten (Asas)

  • January 6, 2025 - January 7, 2025
  • Eastin Hotel Petaling Jaya

PENGENALAN

Penyelia memainkan peranan kritikal sebagai penghubung di antara pihak pengurusan dan pekerja. Seorang penyelia bekerja, bersama dan berhadapan dengan kakitangannya setiap hari. Lebih penting, seorang penyelia perlu memimpin, mendorong dan menguruskan pasukannya untuk mencapai matlamat organisasi dan individu. Seorang penyelia merupakan penghubung penting antara pihak atasan dan warga kerja. Beliau harus berkeupayaan untuk menyelia dan memimpin pekerja-pekerja mereka secara berkesan. Peserta-peserta juga akan didedahkan kepada pelbagai strategi dan kemahiran-kemahiran yang melibatkan penyeliaan pekerja. Fokus seminar ini akan mengutamakan latihan dalam pembaikan produktiviti yang akan menuju kepada menambah baikan dalam kos, kualiti, kepantasan, kebergantungan dan fleksibiliti.

OBJEKTIF

  • Membentuk dan mengemaskini pengetahuan serta kemahiran yang perlu untuk penyeliaan berkesan
  • Meningkat kesedaran mengenai tanggungjawab seorang penyelia terhadap pasukan pekerjanya
  • Membantu penyelia meningkatkan kemahiran dan keberkesanan dalam pengawalan pekerja
  • Untuk memahami kepentingan membina pasukan sebagai cara meningkatkan produktiviti.
  • Untuk mendedahkan penyelia kepada kemahiran yang diperlukan untuk menambahbaiki sikap dan disiplin pekerja.
  • Untuk meningkatkan produktiviti dengan menggunakan  teknik penyelesaian masalah yang berkesan.
  • Untuk memfokuskan pemyelia kepada teknik mencapai 5 prestasi organisasi.

STANDARD KOMPETENSI

  • Kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan pada setiap paras
  • Melaksanakan kerja berasaskan kerjasama pasukan
  • Berpengetahuan untuk merancang, mengorgansasi, mengawal dan mengarah untuk mencapai matlamat organisasi
  • Kebolehan untuk meramal dan bertindak secara proaktif
  • Mengendalikan mesyuarat jabatan pengeluaran
  • Mengatasi masalah-masalah seharian
  • Bekejasama dengan keperluan majikan
  • Memtivasikan pekerja pada setiap masa

SASARAN PESERTA

Penyelia, pengurus dan ‘line leader’.

METODOLOGI

Sesi teori akan diikuti dengan praktikal dan perbincangan umum. Bahan-bahan kursus akan direka secara profesional  untuk kemudaham pemahaman dan aplikasi.

KANDUNGAN KURSUS

1.) Pengenalan kepada penyeliaan dan pengurusan

2.) Cabaran Produktiviti di dalam Abad ke 21

 3.) Peranan penyelia terhadap sesuatu organisasi

 4.) Kemahiran-kemahiran dalam penyeliaan

5.) Kemahiran-kemahiran spesifik penyelia

6.) Perhubungan Penyelia dengan Majikan

7.) Pengurusan prestasi pekerja

CERTIFICATE OF PARTICIPATION

Organizer:

Dr Thanabalan Vellloo

  • Time : 9:00 AM - 5:00 PM (Asia/Kuala_Lumpur)

Related Events