SESI
18 September 2024, Wednesday | 9.00 am – 5.00 pm | ZOOM Virtual Platform
24 September 2024, Tuesday | 9.00 am – 5.00 pm | Armada Hotel, Petaling Jaya
28 October 2024, Monday | 9.00 am – 5.00 pm | ZOOM Virtual Platform
SINOPSIS KURSUS
Kerajaan telah mengumumkan pengenalan e-Invois LHDN dalam usahanya untuk meningkatkan tahap pengurusan cukai di negara ini, selari dengan pertumbuhan ekonomi digital. Usaha ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12, di mana salah satu tumpuan utamanya adalah untuk mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pentadbiran cukai. Kursus 1 hari ni akan memberi pengetahuan pengenalan kepada sistem e-invois, konsep, bentuk pelaksanaannya dan kepentingannya dalam konteks perniagaan di Malaysia. Penerangan mengenai amalan terbaik, undang-undang berkaitan, dan impak kepada industri dan ekonomi. Oleh itu sudah tiba masanya pihak-pihak yang terlibat perlu bersedia dengan lebih awal kerana tinggal kurang dari satu tahun untuk sebelum tempoh pelaksanaan bermula.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam perkara-perkara berikut:
- Memahami asas, konsep dan strutur skop e-invois
- Memahami manfaat, kelebihan dan kepentingan e-invois dalam konteks perniagaan di Malaysia
- Memahami undang-undang dan garis panduan untuk e-invois di Malaysia
- Memahami jenis-jenis e-invois
- Menguasai kaedah pelaksanaan dan aplikasi e-invois dalam proses perniagaan
- Meningkatkan kesedaran tentang impak e-invois kepada industri dan ekonomi negara
- Mengenal pasti amalan terbaik dalam melaksanakan sistem e-invois.
SASARAN PESERTA
Pegawai-pegawai perakaunan, juruaudit, pentadbir sistem, dan sesiapa yang terlibat dalam pengurusan kewangan dan sistem perakaunan di perniagaan dan organisasi di Malaysia.
METODOLOGI
Kelas dalam talian – Powerpoint, ilustrasi dan perbincangan
KANDUNGAN MODUL
Topic 1: Pengenalan kepada e-invois
Topic 2: Aliran Kerja e-invois dan Kaedah dan Model
Topic 3: Asas Utama e-invois
Topic 4: Kesediaan Untuk e-invois
SIJIL PENYERTAAN
PAUTAN