Strategi Percukaian Untuk HR: BIK, PCB, Elaun Dikecualikan Cukai & Pematuhan Cukai Pekerja
Malaysian Export Academy (HRD Corp Registered Training Provider) Presents
Programme No.:
19 & 20 November 2026, Thurs & Fri | 9.00 am – 5.00 pm | ZOOM Virtual Platform
[HRD Corp Claimable Course]
Sinopsis
Program dua hari ini memberi pendedahan praktikal mengenai percukaian pekerja dan tanggungjawab HR dalam mengurus pematuhan cukai pekerja. Peserta akan memahami status pemastautin, perkuisit, manfaat berupa barangan (BIK), pendapatan dan elaun yang dikecualikan cukai, serta perkara berkaitan manfaat kepada pengarah. Program ini turut merangkumi penggunaan Borang TP1 dan TP3, pelepasan cukai serta pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB).
Program turut memberi fokus kepada aspek pentadbiran cukai pekerja, termasuk tanggungjawab HR semasa pengambilan pekerja, pengurusan pekerja yang
meninggalkan perkhidmatan, keperluan pelepasan cukai serta implikasi dan tindakan pembetulan sekiranya berlaku kesilapan berkaitan PCB.
Objektif
- Memahami asas percukaian pekerja termasuk penentuan status pemastautin dan implikasi cukai yang berkaitan.
- Mengenal pasti dan membezakan perkuisit, Manfaat Berupa Barangan (BIK), pendapatan serta elaun yang dikecualikan cukai.
- Memahami penggunaan Borang TP1 dan TP3 serta pelepasan cukai yang berkaitan dengan pekerja.
- Melaksanakan pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB) dengan lebih tepat melalui latihan dan contoh praktikal.
- Memahami tanggungjawab HR dalam pengurusan cukai pekerja, daripada proses pengambilan sehingga pekerja meninggalkan perkhidmatan.
- Mengenal pasti risiko ketidakpatuhan dan kesilapan PCB serta tindakan pembetulan yang berkaitan.
Sasaran Peserta
- Pengurus & Eksekutif Sumber Manusia (HR)
- Pegawai Pampasan & Faedah
- Pegawai Kewangan & Perakaunan
Kandungan Modul
- Asas Percukaian Pekerja & Status Pemastautin
- Memahami Perkuisit Pekerja
- Manfaat Berupa Barangan (Benefit-in-Kind)
- Pendapatan, Elaun & Manfaat Dikecualikan Cukai
- Pengurusan Cukai Semasa Pengambilan Pekerja
- Borang TP1, TP3 & Pelepasan Cukai Individu
- Pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
- Pemberhentian Pekerja, Pelepasan Cukai & Pematuhan HR
Yuran Penyertaan
RM1,836.00 setiap orang
Yuran termasuk nota digital, Sijil Penyertaan digital dan 8% SST
HRD Corp Claimable Course (subject to approval).
Registration Details
Organiser: Malaysian Export Academy Sdn Bhd (MyCoID: 791613A)
Contact Person: Eryna | Email: eryna.mexa@gmail.com
Payment: Kindly make bank transfer payment to Account No: 800 221 0777 of CIMB Bank, payable to Malaysian Export Academy Sdn Bhd.
