PENGENALAN
Stor telah menjadi sangat penting dalam dunia perniagaan hari ini. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam membaiki persaingan sesuatu perniagaan. Organisasi hari ini, menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai kos, kepantasan dan kebergantungan. Ketiga-tiga objektif ini boleh di capai melalui pengurusan stor yang berkesan. Kursus ini akan menumpu kepada membaiki prestasi stor dan ‘warehouse’ khususnya dalam persekitaran perniagaan yang kian berubah. Lazimnya, dikatakan bahawa stor “HANYA MENAMBAH KOS TETAPI BUKANNYA NILAI”. Organisasi harus menambah nilai dalam semua aktiviti-aktiviti stor dan’warehouse’ nya demi untuk mengekalkan kelebihan daya bersaing.
OBJEKTIF
Para peserta seharusnya dapat;
- Memahami tanggungjawab-tanggungjawab mereka sebagai staf / pekerja stor/’warehouse’
- Mengenalpasti cara-cara membaiki produktiviti stor masing-masing
- Memahami peranan mereka sebagai sistem penyokong kepada pelbagai bahagian-bahagian suatu organisasi
- Memahami kepentingan 5 objektif prestasi terhadap keupayaan sesuatu stor
SASARAN PESERTA
Para pekerja yang mempunyai kaitan dengan kerja-kerja penstoran dan gudang termasuk Pengurus Stor, Penyelia Stor & Logistik, Pegawai Stor & Inventori, Penyelenggara Stor, Pembantu Stor & Inventori, Kerani Stor dan kakitangan stor yang berkenaan.
METODOLOGI
Sesi teori akan diikuti dengan kajian kes dan latihan praktikal serta perbincangan umum untuk kemudahan pemahaman dan aplikasi.
KANDUNGAN KURSUS
MODUL 1- PENGENALAN KEPADA INVENTORI
MODUL 2- KEDUDUKAN INVENTORI
MODUL 3- KEPUTUSAN BERKENAAN MASA/TEMPOH
MODUL 4- ANALISA INVENTORI DAN SISTEM KAWALAN
MODUL 5- PENGENALAN KEPADA STOR/PENGURUSAN ‘WAREHOUSE’/ GUDANG
MODUL 6- FUNGSI-FUNGSI STOR/WAREHOUSE
MODUL 7- TANGGUNGJAWAB DAN FUNGSI PEKERJA STOR/WAREHOUSE
MODUL 8- MEMBAIKI SISTEM PENGURUSAN STOR/’WAREHOUSE’
MODUL 9-PENERIMAAN DAN PENGISUAN STOR
MODUL 10- KAEDAH-KAEDAH PENGKODAN
MODUL 11- PEMERIKSAAN DAN PENGAMBILAN STOK
PAUTAN
Register Here
Download Brochure