Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Berkualiti

  • 21/11/2023 - 22/11/2023
  • Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre

PENGENALAN

Pengetahuan dan kebolehan menulis adalah satu kemahiran yang sangat penting bagi kakitangan yang diberikan tugas sedemikian di dalam sesebuah organisasi terutama bila berurusan dengan pihak kerajaan. Kemahiran ini mampu menghasilkan penulisan yang berkualiti dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh sesuatu penulisan serta melambangkan tahap profesionalisma mereka. Terdapat banyak bentuk penulisan yang kerap diperlukan di dalam sesebuah organisasi seperti penulisan surat rasmi, memo, e-mel, laporan, kertas kerja dan minit mesyuarat. Kesemua jenis penulisan ini mempunyai format dan teknik tertentu dan tatabahasa yang betul untuk dihasilkan. Semua kakitangan yang terlibat di dalam tugasan penulisan sangat penting untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang betul bagi memudahkan tugas dan memberi imej yang baik kepada organisasi dimana mereka bekerja.

 

OBJEKTIF

Selepas melalui kursus ini para peserta akan berkemampuan untuk:

  1. Mempraktiskan ciri-ciri yang terbaik bagi menghasilkan penulisan surat rasmi, memo, e-mel, kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat.
  2. Mengaplikasi format yang betul bagi setiap jenis penulisan yang berlainan.
  3. Menggunapakai penggunaan tatabahasa yang betul di dalam penulisan yang berkualiti.
  4. Menerangkan kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan ketika menghasilkan penulisan.
  5. Menyenaraikan kaedah yang betul untuk menyediakan minit mesyuarat yang ringkas dan lengkap.

 

SIAPA YANG PATUT HADIR

Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh eksekutif, setiausaha, pentadbir, penolong pentadbir, pembantu peribadi, ketua kerani dan sesiapa yang sering terlibat didalam penulisan dokumen-dokumen rasmi.

 

METODOLOGI

Sesi teori akan diikuti dengan kajian kes dan latihan praktikal serta perbincangan umum untuk kemudahan pemahaman dan aplikasi.

 

KANDUNGAN KURSUS

Profesionalisma dalam Penulisan dokumen rasmi

Penulisan Surat rasmi

Penggunaan laras bahasa yang betul

Panduan Penulisan Memo

Panduan Penulisan e-mel

Panduan Penulisan kertas kerja

Panduan Penulisan Minit Mesyuarat

Penulisan laporan

 

PAUTAN

Register Here
Download Brochure

 

Organizer:

Jumari Bin Kosrin

  • Time : 9:00 am - 5:00 pm (Asia/Kuala_Lumpur)

Registration Deadline Expired!!

Related Events