SINOPSIS KURSUS
Kerajaan telah mengumumkan pengenalan e-Invois LHDN dalam usahanya untuk meningkatkan tahap pengurusan cukai di negara ini, selari dengan pertumbuhan ekonomi digital. Usaha ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12, di mana salah satu tumpuan utamanya adalah untuk mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pentadbiran cukai.
Kursus 1 hari ni akan memberi pengetahuan pengenalan kepada sistem e-invois, konsep, bentuk pelaksanaannya dan kepentingannya dalam konteks perniagaan di Malaysia. Penerangan mengenai amalan terbaik, undang-undang berkaitan, dan impak kepada industri dan ekonomi.
Para peseta akan bersama-sama menggunakan Persekitaran Pengujian Portal Myinvois untuk mendapatkan gambaran jelas bagi menjana dan menghantar jenis-jenis e-invois dan mencuba fungsi-fungsi yang disediakan di dalam portal berkenaan sebelum menggunakan persekitaran sebenar (produksi).
Oleh itu sudah tiba masanya pihak-pihak yang terlibat perlu bersedia dengan lebih awal kerana tinggal kurang dari satu tahun untuk sebelum tempoh pelaksanaan bermula.
METODOLOGI
- Ceramah
- Perbincangan kumpulan
- Kajian kes
- Latihan praktikal (Portal MyInvois – Persekitaran Pengujian)
# Komputer riba diperlukan semasa latihan
SASARAN PESERTA
Pegawai-pegawai perakaunan, juruaudit, pentadbir sistem, dan sesiapa yang terlibat dalam pengurusan kewangan dan sistem perakaunan di perniagaan dan organisasi di Malaysia.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam perkara-perkara berikut:
- Memahami asas, konsep dan strutur skop e-invois
- Memahami manfaat, kelebihan dan kepentingan e-invois dalam konteks perniagaan di Malaysia
- Memahami undang-undang dan garis panduan untuk e-invois di Malaysia
- Memahami jenis-jenis e-invois
- Menguasai kaedah pelaksanaan dan aplikasi e-invois dalam proses perniagaan
- Meningkatkan kesedaran tentang impak e-invois kepada industri dan ekonomi negara
- Mengenal pasti amalan terbaik dalam melaksanakan sistem e-invois.
- Mempelajari dan mendapat pengalaman secara praktikal menjana dan menghantar e-invois mellaui Portal MyInvois (Persekitaran Pengujian)
KANDUNGAN MODUL
Modul 1: Pengenalan kepada e-invois
Modul 2: Pengenalan kepada Portal MyInvois (Persekitaran Pengujian)
Modul 3: Portal MyInvois (Persekitaran Pengujian) – Penjanaan E-Invois (Bukti Pendapatan)
Modul 4: Portal MyInvois (Persekitaran Pengujian) – Penjanaan E-Invois (Bukti Peebelanjaan)
Modul 5: Portal MyInvois (Persekitaran Pengujian) – Lain-Lain
CERTIFICATE OF PARTICIPATION